Tuesday, July 23, 2013

Medan Bersuara

Lantang.
Jelas tidak terpacul tapi disebut dalam kata tulisan.

Aku jemu,
apakah medan ini untuk menyatakan tentang hal mu.

Rumah kosong yang berbunyi.
Tangga hilang entah ke mana.
Penghuni ramai, tapi diam.

Kenapa perlu kau ucap.
Kenapa perlu kau tulis untuk dibaca oleh KAMI.
ye, KAMI bukan suami/isteri kalian.
Maka, perlu kah mengaibkan rumah kosong kamu.

Aku rimas.
Semua yang ada hanya lah keluhan engkau.
Aku tak mahu.
Tapi aku terjerumus.

Aku pujuk hati aku,
Biarkan lah.
tak perlu berperang madah.

Selamat

Julia Latif

Adakah untuk semua lelaki?

Untuk aku mendefinasikan kau sebagai lelaki.
Sudah semestinya manusia yang jantinanya bukan untuk melahirkan anak.
Tetapi kau lah yang menjadi pasangan kaum HAWA ku

Dan engkau wahai lelaki.
walau bukan seperti ADAM.
Aku percaya sifat tulen mu adalah keberanian, kegagahan.
Tapi adakah untuk semua lelaki?

Dalam samar-samar aku melihat lelaki yang dikatakan gagah itu
tidak berlindung, malah riak merobek hati kami-kami
Sudahlah, aku ulang sudahlah!!
Tapi adakah untuk semua lelaki?

Aku sudah penat mengeji, saki baki aku simpan dalam hati
Layurkan saja kata-kata itu, biar jatuh satu persatu
agar aku terus pergi.
AKU TAK MAHU INGAT LAGI!!!
Tapi adakah untuk semua lelaki?

Jiwa ini, masih rapuh. aku bukan terpesong.
Hati ini, masih mahu. aku sudah penat merayu.

Lenguh kaki aku, lama aku berdiri.
Aku tunggu kau wahai Lelaki
Ambil lah aku. Puji lah aku dengan kata jujurmu.
Jangan kau larikan matamu, pandanglah cuma aku.

Ah, serabut kapal!
Bernanah jiwa aku. Kerana kau LELAKI.

Sambil aku bergolek-gelantang, aku hitung
bukan wang, tapi saat yang aku tinggalkan
kau ambil semua.
HABIS.
SEMUA.

oh, tidak.
Aku sudah tersedar.
Aku masih ada, DIRI AKU.
untuk aku teruskan, dengan hati aku.
Biar pernah hancur.
Aku kutip satu-satu...
Aku balut, dalam sutera biru.
Bukan untuk aku.

Tetapi LELAKI itu.
Ya, LELAKI.
Sudah semestinya manusia yang jantinanya bukan untuk melahirkan anak.
Tetapi kau lah yang menjadi pasangan kaumku...

Selamat

Julia Latif

Hati Ibu

Hati mana takdak kasih
Hati mana takdak langsung rasa sayang
Biak pi la depa nak cakap apa.
Ini ibu kamu

Hati mana tak berdarah
Hati mana tak basah
Biak la anak-anak
Ini ibu kamu

Hati kalau dirodok dengan 'KERIS BERMATA TIGA'
Tak apa............
Hati kalau ditinggal sayu
tak apa............
Kerna
Ini ibu kamu

Selamat

Julia Latif