Untuk aku mendefinasikan kau sebagai lelaki.
Sudah semestinya manusia yang jantinanya bukan untuk melahirkan anak.
Tetapi kau lah yang menjadi pasangan kaum HAWA ku
Dan engkau wahai lelaki.
walau bukan seperti ADAM.
Aku percaya sifat tulen mu adalah keberanian, kegagahan.
Tapi adakah untuk semua lelaki?
Dalam samar-samar aku melihat lelaki yang dikatakan gagah itu
tidak berlindung, malah riak merobek hati kami-kami
Sudahlah, aku ulang sudahlah!!
Tapi adakah untuk semua lelaki?
Aku sudah penat mengeji, saki baki aku simpan dalam hati
Layurkan saja kata-kata itu, biar jatuh satu persatu
agar aku terus pergi.
AKU TAK MAHU INGAT LAGI!!!
Tapi adakah untuk semua lelaki?
Jiwa ini, masih rapuh. aku bukan terpesong.
Hati ini, masih mahu. aku sudah penat merayu.
Lenguh kaki aku, lama aku berdiri.
Aku tunggu kau wahai Lelaki
Ambil lah aku. Puji lah aku dengan kata jujurmu.
Jangan kau larikan matamu, pandanglah cuma aku.
Ah, serabut kapal!
Bernanah jiwa aku. Kerana kau LELAKI.
Sambil aku bergolek-gelantang, aku hitung
bukan wang, tapi saat yang aku tinggalkan
kau ambil semua.
HABIS.
SEMUA.
oh, tidak.
Aku sudah tersedar.
Aku masih ada, DIRI AKU.
untuk aku teruskan, dengan hati aku.
Biar pernah hancur.
Aku kutip satu-satu...
Aku balut, dalam sutera biru.
Bukan untuk aku.
Tetapi LELAKI itu.
Ya, LELAKI.
Sudah semestinya manusia yang jantinanya bukan untuk melahirkan anak.
Tetapi kau lah yang menjadi pasangan kaumku...
Selamat
Julia Latif
hwaaaaaa... AWESOME siyes!!!
ReplyDelete