Saturday, November 2, 2013

Biar aku tak pernah kata

aku nak pergi jauh....
walau aku rindu...
lebih baik aku biarkan berlalu.

aku dah tak ada air mata.
Biarlah aku tak berharta.

Biar ditafsir aku begitu. Allah tetap ada dengan aku.
Ya, Allah tetap ada dengan aku.
Biar aku tak pernah kata.

------------------------------------------------------------------------------------------
Julia Latif

Tuesday, July 23, 2013

Medan Bersuara

Lantang.
Jelas tidak terpacul tapi disebut dalam kata tulisan.

Aku jemu,
apakah medan ini untuk menyatakan tentang hal mu.

Rumah kosong yang berbunyi.
Tangga hilang entah ke mana.
Penghuni ramai, tapi diam.

Kenapa perlu kau ucap.
Kenapa perlu kau tulis untuk dibaca oleh KAMI.
ye, KAMI bukan suami/isteri kalian.
Maka, perlu kah mengaibkan rumah kosong kamu.

Aku rimas.
Semua yang ada hanya lah keluhan engkau.
Aku tak mahu.
Tapi aku terjerumus.

Aku pujuk hati aku,
Biarkan lah.
tak perlu berperang madah.

Selamat

Julia Latif

Adakah untuk semua lelaki?

Untuk aku mendefinasikan kau sebagai lelaki.
Sudah semestinya manusia yang jantinanya bukan untuk melahirkan anak.
Tetapi kau lah yang menjadi pasangan kaum HAWA ku

Dan engkau wahai lelaki.
walau bukan seperti ADAM.
Aku percaya sifat tulen mu adalah keberanian, kegagahan.
Tapi adakah untuk semua lelaki?

Dalam samar-samar aku melihat lelaki yang dikatakan gagah itu
tidak berlindung, malah riak merobek hati kami-kami
Sudahlah, aku ulang sudahlah!!
Tapi adakah untuk semua lelaki?

Aku sudah penat mengeji, saki baki aku simpan dalam hati
Layurkan saja kata-kata itu, biar jatuh satu persatu
agar aku terus pergi.
AKU TAK MAHU INGAT LAGI!!!
Tapi adakah untuk semua lelaki?

Jiwa ini, masih rapuh. aku bukan terpesong.
Hati ini, masih mahu. aku sudah penat merayu.

Lenguh kaki aku, lama aku berdiri.
Aku tunggu kau wahai Lelaki
Ambil lah aku. Puji lah aku dengan kata jujurmu.
Jangan kau larikan matamu, pandanglah cuma aku.

Ah, serabut kapal!
Bernanah jiwa aku. Kerana kau LELAKI.

Sambil aku bergolek-gelantang, aku hitung
bukan wang, tapi saat yang aku tinggalkan
kau ambil semua.
HABIS.
SEMUA.

oh, tidak.
Aku sudah tersedar.
Aku masih ada, DIRI AKU.
untuk aku teruskan, dengan hati aku.
Biar pernah hancur.
Aku kutip satu-satu...
Aku balut, dalam sutera biru.
Bukan untuk aku.

Tetapi LELAKI itu.
Ya, LELAKI.
Sudah semestinya manusia yang jantinanya bukan untuk melahirkan anak.
Tetapi kau lah yang menjadi pasangan kaumku...

Selamat

Julia Latif

Hati Ibu

Hati mana takdak kasih
Hati mana takdak langsung rasa sayang
Biak pi la depa nak cakap apa.
Ini ibu kamu

Hati mana tak berdarah
Hati mana tak basah
Biak la anak-anak
Ini ibu kamu

Hati kalau dirodok dengan 'KERIS BERMATA TIGA'
Tak apa............
Hati kalau ditinggal sayu
tak apa............
Kerna
Ini ibu kamu

Selamat

Julia Latif

Wednesday, June 26, 2013

Dulu

Pernah aku berdiam bisu
Walau kau buang aku
Tak pernah aku menunjuk

Pernah aku tertipu
Walau aku memang tahu
Tak pernah aku menunjuk

Kaulah lelaki, tidak harus ku bersamamu
Walau DULU.
Kaulah lelaki, yang bukan kehendakku
Walau DULU.

Menjerit biar terkeluar anak tekak
Bagi kau hanya memekak
Menangis biar sehingga teresak-esak
Bagi kau hanga untuk mendesak

Sudahlah, kau binatang
Perdaya penuh kata hati buta
Tajam mata. Bundar. Punah.
Sakit dalam jiwa.
Hati berbisa.

Salahkah kerana aku wanita?

Pernah, ya aku pernah rasa.
DULU... Tapi itu dulu

Saturday, May 18, 2013

Semak haram

Mengeletar badan
Tak pasti akan pergi
Belum mase
Haram jadah

Lagi sekali..

Nak aku campak 1juta kata bisa
Tapi aku pendam dalam duka
Ada aku senyum, tapi sinis tak sama
Buang masa

Lagi sekali..

Jangan harap bau tapak kaki
Syurga kau nanti-nanti, mana pergi
Tunjuklah, padahnya terima nanti
Bukan hari ini, tapi nanti
Celaka

Lagi sekali..

Kau harunglah lagi
Cakap kuat, mai aku nak tengok dekat sini
Pertama yang kau sebut mengugut-ngugut
Tak pernah padam langsung
Pedulik apa

Lagi sekali..

Tipu yang tak lindung
Tali sepahkan tepung
Dah tahu, mane nak sorok?
Besar semut tetap tak terlindung
Semak harammmm..

Selamat.

Julialatif

Friday, May 3, 2013

GILA

Semakin gila aku membaca semua pertuduhan.
Buanglah perasaan yang tidak pernah bersyukur itu.
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

Wednesday, April 24, 2013

Bring it back

we used to be a very good friend
we used to be a very very close
yet we are still in a different place

We used to laugh
we used to cried
we used to ran
yet we are not the same

Let start from the first it has begun

Wait.
Am I will feel the same as the first?
No!

Owh please. I should do something. .
I want to get out from this box.

I am not even me.
I am not even me.

Seriously.
Im not the same person anymore.
Anymore.

I hate to be in this box.
Where my lovely honey.

Please.
I shouldn't cry.
I don't want to cry.

I am not even me.
I am not even me.

The best has gone.
Its over.
Its gone.

Selamat.

Julia Latif




Saturday, April 20, 2013

Hati ini hati batu

Aku pernah ucap.
Kerap aku ingatkan.
Bukan sebagai amaran.
Tapi pernah.
Lepaskan seluruh jari.
Dari terus genggam bara ini.

Panas.
Sakit.
Penat.

Kenapa harus lelaki itu menyakiti perempuan itu.
Kata sayang.

Bosan.

Aku bosan nak dengar lagi.

Keluh wanita itu.
Dia sakit.
Eh! Kau faham tak dia sakit!

Perlaku seperti dia bukan wanita yang pernah engkau cinta.
Dia bukan terlalu meminta.

Berderai kaca. Retak hati dia.

Kau biarkan dia basah muka dengan air mata.
Kau tidak merasa.
Aku tahu.
Aku pernah rasa.

Lelaki.

Buat kita ingin terus bersendiri.

Lelaki.

Buat kita bangkit kembali.

Teruslah.
Gunakan hikmat engkau wahai lelaki.
Gunakan kekuataan mu itu.
Berlonglaian dia. Tidak kau kisah.

Aku menangis.
Aku kesian.
Tapi aku hanya aku.
Tidak mampu untuk membantumu.

Kesian.

Aku lagi menangis di sini.
Hati alu kata pergi.
Pergi saja.

Biarkan dia.

Jahat?
Biarkan dia terus disiksa itu jahat?

Selamat-lah.

Julia Latif


Friday, April 19, 2013

emosimu

Aku kaku.
Baring aku tak lurus.

Hati aku ade lima juta ayat.
Tapi aku sudah menjadi mayat.

Tetaplah mencela aku.
Tetaplah meng hina aku.

Kabur lagi mata aku.
Air masin ini tak berhenti bercucur.

Ah! Tak perlu jaga perasaan aku.
Aku kan tidak pernah berkorban untukmu.
Tiada satu.
Itu katamu.

Biar.

Biarkan aku.
Tiada apa yang perlu kau tahu akan perasaan aku.
Tapi aku sudah menjadi mayat.

Campak saja aku ke penjuru.
Tendang saja aku ke hujung.

Kata-kata itu.
Pedih.
Aku diam.
Biar aku membisu.

Sakit.
Tolong aku sakit.

Kenapa aku rasa pedih.
Tapi aku sudah menjadi mayat.

Biar.
Biarkan saja aku.

Selamat.

Julialatif

Thursday, April 18, 2013

Egois

Hati melawan dengan rasa bercampur baur.
Kecik, tapi ada rasa.
Bukan, ini bukan irama dan lagu
bukan untuk diluah dan dinyanyikan..

Sesak.

Egokah aku?
Hanya dalam hati aku mengiyakan.
Tapi aku tidak pernah merasakan diri aku ego.
Kenapa mereka berkata begitu

Bagiku,
aku punya jawapan ku sendiri.
Kadang-kadang untuk kebaikan semua.
Aku mungkin seorang yang suka berdebat.

Tapi,
aku juga tahu kelemahan aku.

Lantang,
Hanya bila aku benar mengenai.
Bukan membabi melantangkannya.

Aduh,
Penat aku. Bukan sesempurna anak di raja yang dibelai.

Buntu.

Kerap menghempas kaca.
Takut nanti terluka.
Tapi kenapa ada darah?

Biarlah apa yang mereka mahu katakan.
Masih ada Tuhan.
Ada pegangan.

Sakit, rasa pedih. Di jantung dalam hati.
Sudahlah.
Tidak mungkin akan ku jatuhkan air mata depan mereka.
Bukan untuk ejekkan atau simpulan.
Biarlah.

Ego aku,
Andai itu ego.
bukan untuk kamu..

Selamat.

Julialatif

Permainan

Debu tebal bukan setakat menggatalkan hidung aku,
tapi mata aku pun turut berair.

Kadang-kadang aku malas nak mengemas, malas nak jumpa barang-barang lama.
Gambar-gambar lama, diari-diari yang dah hampir lebih dari 10 tahun aku tak tengok..
Tulisan aku memang berkecamuk.
Ada yang aku sendiri pun tak faham.
Ah! Apa yang aku nak kisahkan. Bukan untuk dibaca oleh sesiapa pun.

Tapi, kenapa perasaan marah itu datang, bila aku rasa aku dah lama memaafkan?
Ada jugak rasa rindu. Kawan, masa, aktivitis aku dulu.
Biasalah waktu muda. Bentuk badan pun langsing sentiasa. Makan lah apa-apa pun.

Dulu, hidup macam terumbang-ambing. Baru kenal dunia orang cakap.
Ada pulak cakap darah muda. Memang aku masih muda waktu tu.
Tapi banyak juga bende yang aku impikan tapi aku sia-siakan.

Bertuahkan yang dapat sambung belajar dekat universiti.
Jangan jadi macam aku. Cari duit lepas tu aku enjoy sana-sini.
Seronok beb bila dah ada duit, lepas tu kita jalan-jalan ke negeri orang.
Oh! masa tu memang jalan-jalan dalam Malaysia je yang aku mampu.

Aku terfikir jugak nak kerja Pramugari. Tapi aku tak berapa nak minat dengan lebih mendalam.
Lagi satu aku bukan jenis badan yang kecik molek, sesuai untuk jadi pramugari waktu itu.
Ha ha.. Aku pun bukan jenis perempuan yang "soft spoken",
sesiapa yang kenal aku tahu la betapa lantang nya mulut aku ini. Makan hati kawan-kawan.

Bermula dari mencari duit suka-suka, sampai lah aku terfikir nak sambung belajar.
Tapi bukan sampai ketahap diploma atau ijazah. Aku mula lah mengatur strategi.
Dulu aku buta tentang teknologi. Pernah aku disuruh buat surat di TV yang mempunyai
papan kekunci.. Aku agak keras disitu.

Tapi oleh disebabkan darah yang mengalir dalam badan aku ni punya sifat ingin belajar sesuatu yang baru, atau apa saja yang mencabar diri aku. Akhirnya aku berjaya jugak. Paling tak pun, aku pernah mempunyai maipes, dan frenter. Kawan tak ramai pun, cukup 500 lebih aku tros tutup account maipes aku.. banyak sangat virus bertepek dekat kolum komen.

Yang tinggal hanyalah frenster. Tempat aku berkongsi gambar-gambar aku yang poyo sesaje..
Aku tak pernah add atau approve boyfriend aku untuk jadi kawan aku di alam maya. Sebab bagi aku sms atau call sudah cukup.

Dulu mana ada wifi di mana-mana. Sangatlah limited. Bila dekat office baru masing-masing boleh update. Siapa ada internet di rumah masa tu memang untung la.. sama juga dengan student-student U. Tapi aku tidak begitu.

Macam-macam.

Buku berhabuk ni kalau di buang, malu pulak kalau ada membaca. Nak di bakar, tapi di mana?

Buka, tutup, baca, senyum, berkerut dahi, mulut senget.

Hentah lah..

Apa lah sebenarnya yang aku fikir ye.

Aku rase baik aku simpan dulu buku-buku catatan harian dulu kala.

Mula lah aku termenung, teringat kisah lama.

Semua permainan.

Aku pernah bunag jauh perasaan tu.

Jauh...

Selamat..

julialatif

Salam untuk semua

Bermulalah hari ini, untuk aku corak corekkan lambaran ini.
Aku berjaya..
Bukan hanya untuk meluah kata hasil penulisan tidak berpelajaran, tapi sekadar jadikan contengan.

Tiada pun yang aku anggap sebagai peribadian.
Kalau mahu diambil atau ditiru, terpulang....
Tetapi jangan disalah gunakan.
Hasilnya tetap dari aku..

Sudah penuh nota di dalam buku eletronik putih buah "apple" aku.
Hanya untuk bacaan aku. Akhirnya, ke sini juga aku.

Penulisan dalam buku sudah tidak relevan lagi pada waktu ini, bagi aku.
Ah, mungkin aku yang malas.
Kerana selalunya aku menulis pada waktu aku merasa sesuatu.
Walaupun aku sendiri tidak tahu akan rasa itu.

Jiwa kita kan sentiasa berubah.
Kadang kita yang tak sedar.

Aku, bukan perempuan yang penuh dengan tarikan.
Aku hanya perempuan biasa.
Sekali pandang, hanya sekali pandang.
Tak mungkin ada yang menoleh untuk pandangan kedua.

Senyum.
Dan senyuman aku, kekal di bibir saat aku menulis ini.
Adakah aku puas?

Tak pernah aku terfikir sebenarnya.
Akhirnya tempat ku disini.
Tidak kisah andai tiada pengikut.
Bukan untuk ikutan sesiapa pun.

Aku bukan artis yang popular.
Aku bukan untuk dibangga-bangga.
Aku hanya perempuan biasa, yang gila.
Ha ha, betul aku perempuan gila yang biasa.

Ini bukan pengenalan.
Tetapi hampir sama dengan pengenalan.

Kawan aku pun tidak ramai.
Semua sudah hilang. Entah.
Aku tak pernah mengucapkan selamat tinggal.
Tapi semua pergi.
Biarlah. Mungkin kerana masa yang berubah.
Tapi mereka manusia. Benarkah masa yang merubah manusia?
Tak apa la.

Selamat.


~JuliaLatif~