Hati melawan dengan rasa bercampur baur.
Kecik, tapi ada rasa.
Bukan, ini bukan irama dan lagu
bukan untuk diluah dan dinyanyikan..
Sesak.
Egokah aku?
Hanya dalam hati aku mengiyakan.
Tapi aku tidak pernah merasakan diri aku ego.
Kenapa mereka berkata begitu
Bagiku,
aku punya jawapan ku sendiri.
Kadang-kadang untuk kebaikan semua.
Aku mungkin seorang yang suka berdebat.
Tapi,
aku juga tahu kelemahan aku.
Lantang,
Hanya bila aku benar mengenai.
Bukan membabi melantangkannya.
Aduh,
Penat aku. Bukan sesempurna anak di raja yang dibelai.
Buntu.
Kerap menghempas kaca.
Takut nanti terluka.
Tapi kenapa ada darah?
Biarlah apa yang mereka mahu katakan.
Masih ada Tuhan.
Ada pegangan.
Sakit, rasa pedih. Di jantung dalam hati.
Sudahlah.
Tidak mungkin akan ku jatuhkan air mata depan mereka.
Bukan untuk ejekkan atau simpulan.
Biarlah.
Ego aku,
Andai itu ego.
bukan untuk kamu..
Selamat.
Julialatif
No comments:
Post a Comment