Thursday, April 18, 2013

Salam untuk semua

Bermulalah hari ini, untuk aku corak corekkan lambaran ini.
Aku berjaya..
Bukan hanya untuk meluah kata hasil penulisan tidak berpelajaran, tapi sekadar jadikan contengan.

Tiada pun yang aku anggap sebagai peribadian.
Kalau mahu diambil atau ditiru, terpulang....
Tetapi jangan disalah gunakan.
Hasilnya tetap dari aku..

Sudah penuh nota di dalam buku eletronik putih buah "apple" aku.
Hanya untuk bacaan aku. Akhirnya, ke sini juga aku.

Penulisan dalam buku sudah tidak relevan lagi pada waktu ini, bagi aku.
Ah, mungkin aku yang malas.
Kerana selalunya aku menulis pada waktu aku merasa sesuatu.
Walaupun aku sendiri tidak tahu akan rasa itu.

Jiwa kita kan sentiasa berubah.
Kadang kita yang tak sedar.

Aku, bukan perempuan yang penuh dengan tarikan.
Aku hanya perempuan biasa.
Sekali pandang, hanya sekali pandang.
Tak mungkin ada yang menoleh untuk pandangan kedua.

Senyum.
Dan senyuman aku, kekal di bibir saat aku menulis ini.
Adakah aku puas?

Tak pernah aku terfikir sebenarnya.
Akhirnya tempat ku disini.
Tidak kisah andai tiada pengikut.
Bukan untuk ikutan sesiapa pun.

Aku bukan artis yang popular.
Aku bukan untuk dibangga-bangga.
Aku hanya perempuan biasa, yang gila.
Ha ha, betul aku perempuan gila yang biasa.

Ini bukan pengenalan.
Tetapi hampir sama dengan pengenalan.

Kawan aku pun tidak ramai.
Semua sudah hilang. Entah.
Aku tak pernah mengucapkan selamat tinggal.
Tapi semua pergi.
Biarlah. Mungkin kerana masa yang berubah.
Tapi mereka manusia. Benarkah masa yang merubah manusia?
Tak apa la.

Selamat.


~JuliaLatif~





No comments:

Post a Comment